Siri Keselamatan Siber 2/10: Pengesahan Dua Faktor (2FA)

Apa Itu Pengesahan Dua Faktor (2FA)?

Pengesahan Dua Faktor (2FA) ialah lapisan keselamatan tambahan untuk melindungi akaun anda. Ia memerlukan dua bentuk pengesahan sebelum anda dapat log masuk ke sesuatu akaun.

Contoh mudah:

  1. Kata laluan biasa (faktor pertama).
  2. Kod khas (OTP) yang dihantar ke telefon atau e-mel anda (faktor kedua).

Kenapa 2FA Penting?

  1. Mengurangkan risiko pencerobohan akaun, walaupun kata laluan telah digodam.
  2. Melindungi data penting seperti e-mel, bank, dan media sosial.
  3. Menyekat akses tidak sah walaupun penggodam tahu kata laluan anda.

Jenis-Jenis 2FA

#JENIS FAKTOR KEDUACONTOH
1.SMS/Emel OTPKod 6 digit dihantar ke telefon/emel
2.Aplikasi pengesah (Authenticator)Google Authenticator, Microsoft Authenticator
3.Peranti fizikalKunci keselamatan (contoh: YubiKey)
4.BiometrikCap jari, pengecaman wajah

Akaun Yang Wajib Aktifkan 2FA

  1. Akaun e-mel (Gmail, Outlook)
  2. Akaun perbankan dan kewangan
  3. Media sosial (Facebook, Instagram, TikTok, X)
  4. Akaun kerja (portal syarikat, Microsoft 365)
  5. Perkhidmatan storan awan (Google Drive, Dropbox)

 


Cara Mengaktifkan 2FA (Contoh Umum)

  1. Log masuk ke akaun anda.
  2. Pergi ke bahagian “Keselamatan” atau “Security”.
  3. Pilih “Pengesahan Dua Faktor” atau “Two-Factor Authentication”.
  4. Pilih kaedah pengesahan (SMS, aplikasi, atau kunci fizikal).
  5. Ikut arahan dan simpan kod sandaran (recovery code).

Mitos Mengenai 2FA

#MITOS#FAKTA
1.2FA menyusahkan1.Sebenarnya hanya tambah 5–10 saat untuk log masuk
2.Kata laluan kuat sudah mencukupi2.Penggodam boleh masih meneka atau mencurinya
3.2FA tidak perlu untuk media sosial3.Media sosial sering jadi sasaran penyamaran (scam)

Kesimpulan

2FA ialah pertahanan kedua yang sangat berkesan untuk mengelakkan pencerobohan akaun. Ia mudah diaktifkan tetapi memberi impak besar terhadap keselamatan siber anda.

“Kalau kata laluan bocor, 2FA masih boleh menyelamatkan anda.”

Scroll to top